C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
William 27/8-5/9 😇😺
Saturday, 5 September 2015 • 5.9.15 • 0 comments
Dari hari pertama william sakit. Aku risau pasal dia. Sebab sebelum ni aku tak berapa kisah pasal kucing-kucing lain. Walaupun pernah jugak aku hantar ke klinik haiwan. Dan selebihnya babah hantar dan pergi klinik yang berbayar lebih mahal. Selesa. 

Tak tahu kenapa william sakit. Yes, i was worried af. Aku hantar pegi klinik haiwan (kila suggest pegi situ dulu). Bukan lah kali pertama william pegi situ sebab dulu masa dia kecik pun pernah jugak aku hantar dia ke situ ambik vaksin pertama dia. Hari pertama dia dekat situ (lepas dia besar ni) aku memang tak sanggup tengok dia masuk air, dicucuk macam macam ubat. Kucingkan, dia tahu sakit cuma kita tak faham apa yang dia rasa. Dia nampak memang tak bermaya langsung. Baring je & dia kejang. Lepastu aku hantar dia lagi sekali agak lewat, seminggu lewat. Tapi dalam seminggu tu aku jaga dia. Suap ke mulut untuk makan sebab dia memang tak larat langsung nak bangun. Minum pun sama. Kencing je dalam bekas dia duduk tu. hari kedua dia pulak, aku pegi lagi. Kali ni aku sorang je teman dia masuk air, masuk ubat lagi. Sampai hari ketiga (semalam) aku tak pegi sch sebab aku nak bawak dia pergi klinik haiwan tu lagi. Lagi sekali, masuk air dan ubat. Balik je dari situ. William dah boleh bangun. Boleh jalan sikit, mestilah sebab kaki dia belum kuatkan. Aku tak nampak dia jalan pegi shitting dekat luar sebab aku mandi masa tu 😬 balik je dari ktm ni, aku tengok dia kencing lagi dalam bekas. Aku bawak pegi belakang, tukar lapik dia. Dia pun jalan pegi kencing lagi bawah sinki. Entah berapa lama la dia tunggu nak kencing lagi sekali kan. Nasib jugak aku balik awal. Lepastu ambik wet food dia, tapi dia taknak makan. Jenuh jugak nak paksa. Lepastu dia pegi dekat bekas makanan favourite dia (khas untuk kucing. Pandai dia pilih bekas fav). Aku pun tuang dry food dia. Dia makan. Kau tahu nak meleleh ayaq mata ceq tengok dia boleh buat semua tu. normal je.

So this monday, akan jadi hari terakhir dia jejak kaki dia dekat klinik haiwan tu lah kot. Sebab dia dah sihat. So lepasni boleh lah dia hidup normal.

Walaupun ada orang lain lebih menyayangi dia, sanggup menangis masa dia tidoq dekat hotel dia dulu. Tapi dia jugak tak pernah suap makan, cuci bekas, hantaq pi klinik. Aku bukan nak ungkit tapi kalau william faham dan tahu siapa yang jaga dia selama ni (mama & si gadis noob) sekurangnya dia tahu. Sayang aku takkan terungkap dibibir. Action speaks louder than words. 

William dah makin sihatkan? Kakak sayang william 😪😪😪

Rest k baby.




PAST ▼FUTURE ▲
MY WORDS
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have note 10 . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2 pair screw driver as my hand . haha,

GIVE ME YOUR WORDS


speak something nice
thanks

OTHERS


>> follow me on twitter, insta, keek.
date : NOW
at:forever


>> Kesuma Ipoh x)
date : 2014
at: since first met


>> I love him ♥
date: 7.4.2014
at: since i know him

BLOG ARCHIVE

  • Beloved ��
  • perlu ke tajuk?
  • ASSALAMMUALAIKUM. Hi !ekceli kan, aku dah delete s...

  • CHEER UP



    small little illusionist